OTTAWA: Perdana Menteri Kanada Mark Carney mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Khamis bagi membincangkan krisis kemanusiaan yang berterusan di Gaza, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri Kanada, Carney menyuarakan kebimbangan mendalam Kanada terhadap krisis kemanusiaan yang berterusan di Gaza.
Beliau turut menegaskan semula tentangan Ottawa terhadap perluasan penempatan haram dan keganasan pendatang haram Israel di Tebing Barat, sambil menekankan bahawa tindakan unilateral menjejaskan prospek keamanan berkekalan.
Dalam perbualan itu, Carney turut menegaskan sokongan Kanada terhadap penubuhan negara Palestin yang merdeka, berdaya maju dan berdaulat.
Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk terus berhubung, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA-XINHUA