Skip to main content

Dunia

Krisis politik Thailand: Tentera tiada niat rampas kuasa

71353752326_295x200.jpg
Panglima tertinggi tentera Thailand,  Jeneral Thanasak Patimaprakorn menafikan dakwaan dia merancang untuk merampas kuasa untuk menjadi perdana menteri.

Beliau menyifatkan laporan berkenaan sebagai tidak berasas.

Jelasnya khabar angin itu dibuat pihak tertentu bagi mencetuskan kekacauan.

Patimaprakorn turut menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang perancangan untuk bekerja selepas bersara.

Katanya pasukan bersenjata masih mempunyai hubungan yang baik dengan polis dan sedia berbincang bagi  menyelesaikan sebarang masalah yang timbul akibat kemelut politik yang melanda.

Ketika ditanya sama ada kemungkinan undang-undang darurat dilaksanakan sekirannya kempen bantahan anti kerajaan menjadi lebih buruk, beliau menegaskan ia tidak berkesan  melainkan rakyat Thai menghormati undang-undang.

Dakwanya keadaan sekarang tidak kritikal dan tidak memerlukan ia dilaksanakan.

Must Watch Video