Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Siren amaran dibunyikan di Bahrain, penduduk diarah ‘menuju ke tempat selamat’

Smoke rises over the capital Manama, following a reported Iranian drone strike on Bahrain International Airport fuel storage facility, amid the U.S.-Israeli conflict with Iran, in Muharraq, Manama, Bahrain, March 12, 2026. REUTERS/Stringer
Asap tebal membumbung di ruang udara ibu kota Manama selepas serangan dron Iran dilaporkan menyasarkan kemudahan simpanan bahan api di Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain. - Foto REUTERS

MANAMA: Kerajaan Bahrain mengaktifkan sirene amaran kecemasan di seluruh negara, sekali gus menggesa penduduk dan warga asing untuk segera menuju ke tempat perlindungan terdekat susulan ketegangan serantau yang semakin memuncak.

Kenyataan rasmi Kementerian Dalam Negeri Bahrain menyebut: “Siren telah dibunyikan. Warganegara dan penduduk diminta bertenang dan menuju ke tempat selamat terdekat.”

Amaran kecemasan itu dikeluarkan selepas beberapa laporan mengenai letupan dan ancaman keselamatan yang berkaitan dengan konflik yang sedang merebak di Asia Barat.

Pada 9 Mac, siren turut bergema di ibu negara Manama di tengah laporan letupan dan gangguan keselamatan, dengan pihak berkuasa sekali lagi menegaskan agar orang ramai mencari perlindungan segera.

Pihak berkuasa Bahrain tidak mengumumkan punca tepat pengaktifan siren itu, namun insiden tersebut berlaku ketika rantau Teluk sedang berdepan ketegangan tinggi berikutan serangan dron dan peluru berpandu dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Negara-negara jiran turut meningkatkan kesiapsiagaan keselamatan mereka, manakala Bahrain menasihatkan penduduk supaya mengikuti saluran rasmi untuk maklumat terkini serta mematuhi arahan pertahanan awam.

Situasi masih berkembang dan pihak berkuasa Bahrain dijangka mengeluarkan maklumat tambahan dalam masa terdekat.

 

Must Watch Video