Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Perang di Iran akan berakhir dua hingga tiga minggu lagi, kata Trump

U.S. President Donald Trump attends to sign an executive order in the Oval Office of the White House in Washington, D.C., March 31, 2026. REUTERS/Evan Vucci
Trump menegaskan, AS akan berundur “dalam masa terdekat” dan proses itu boleh berlaku dalam tempoh “dua atau tiga minggu.” - Gambar Reuters

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Selasa menyatakan keyakinannya bahawa kempen ketenteraan AS di Iran boleh ditamatkan dalam tempoh dua hingga tiga minggu. 

Beliau menyifatkannya sebagai kenyataan paling jelas setakat ini mengenai hasrat untuk menamatkan perang yang sudah berlanjutan selama sebulan.

Bercakap di Pejabat Oval, White House, di sini, Trump menegaskan, AS akan berundur “dalam masa terdekat” dan proses itu boleh berlaku dalam tempoh “dua atau tiga minggu.”

Konflik tersebut telah mengubah landskap geopolitik Asia Barat, mengganggu pasaran tenaga global dan memberi impak besar terhadap perjalanan pentadbiran Trump.

Presiden AS itu turut menyatakan bahawa Iran tidak perlu mencapai sebarang perjanjian dengan Washington bagi membolehkan perang ditamatkan. 

Menurut beliau, syarat utama operasi tersebut dihentikan adalah apabila Iran “dikembalikan ke zaman batu”, iaitu tidak lagi berkeupayaan memperoleh senjata nuklear dalam masa terdekat. - Agensi

Must Watch Video