Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Peluru berpandu bedil pangkalan tentera Itali di utara Iraq

Italy's Defence Minister Guido Crosetto looks on during an interview with Reuters, in Rome, Italy, April 14, 2025. REUTERS/Remo Casilli
Menteri Luar Itali, Antonio Tajani mengutuk keras serangan terhadap pangkalan tentera negara itu di Erbil. - Foto Reuters

ISTANBUL: Pangkalan tentera Itali di bandar Erbil di utara Iraq dibedil peluru berpandu semalaman dari Rabu hingga Khamis, kata Menteri Luar Antonio Tajani ketika ketegangan memuncak di Asia Barat susulan serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran, lapor Anadolu Ajansi.

“Mengutuk keras serangan terhadap pangkalan tentera Itali di Erbil,” tulis Tajani di platform media sosial X.

Menurut Tujani, beliau telah bercakap dengan duta Itali ke Iraq susulan serangan itu.

“Mujur semua anggota tentera kami berada dalam keadaan baik dan selamat di bunker,” tambah Tajani.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video