Skip to main content

Dunia

'Teluk Parsi akan dipenuhi darah' - Speaker Parlimen Iran beri amaran jika pulau diceroboh

Iranian Parliament Speaker Mohammad-Bagher Ghalibaf looks on as parliament members chant in support of the IRGC while wearing military uniforms in Tehran, Iran, February 1, 2026. Hamed Malekpour/Islamic consultative assembly news agency/WANA (West Asia News Agency)/Handout via REUTERS ATTENTION EDITORS - THIS PICTURE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY.
Mohammad Bagher (foto) menegaskan keselamatan anggota tentera AS terletak sepenuhnya di bawah tanggungjawab Presiden Donald Trump susulan tindakan agresif Washington melalui “Operation Epic Fury”. -Gambar fail/Reuters

TEHRAN: Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf memberi amaran bahawa sebarang cubaan menceroboh atau menyerang pulau‑pulau milik Iran akan menerima tindak balas tanpa batasan daripada Tehran.

Dalam satu hantaran di platform X hari ini, Mohammad Bagher menegaskan bahawa kedaulatan wilayah Iran adalah garis merah yang tidak boleh digugat.

Beliau berkata Iran akan mengetepikan semua bentuk kekangan ketenteraan sekiranya tanah airnya diancam kuasa luar.

“Tanah air atau mati! Sebarang pencerobohan terhadap tanah di pulau‑pulau Iran akan menghancurkan semua sekatan.

"Kami akan ketepikan semua kawalan diri dan menjadikan Teluk Parsi dipenuhi dengan darah penceroboh,” tegas Mohammad Bagher dalam kenyataan yang dilihat meningkatkan lagi suhu ketegangan di rantau Asia Barat.

 

 

Mohammad Bagher turut menegaskan bahawa keselamatan anggota tentera Amerika Syarikat (AS) terletak sepenuhnya di bawah tanggungjawab Presiden Donald Trump susulan tindakan agresif Washington melalui “Operation Epic Fury”.

“Darah tentera Amerika adalah tanggungjawab peribadi Trump,” tulisnya lagi bagi menggambarkan kesediaan Iran untuk melancarkan serangan balas besar-besaran terhadap aset AS di rantau berkenaan.

Kenyataan itu hadir ketika laporan menunjukkan peningkatan pergerakan aset ketenteraan AS dan Israel ke kawasan strategik di Teluk Parsi, sekali gus meningkatkan kebimbangan mengenai kemungkinan pertembungan secara langsung di laluan penting bekalan tenaga dunia.

Must Watch Video