ISTANBUL: Bahrain melaporkan awal Ahad kebakaran berlaku di fasiliti negara itu akibat serangan Iran dan pasukan pertahanan awam telah mengambil langkah untuk mengawalnya, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Menurut Kementerian Dalam Negeri di platform media sosial X, pasukan pertahanan awam sedang mengambil langkah untuk mengawal kebakaran susulan pencerobohan Iran itu.
Walaupun pihak berkuasa Bahrain tidak memberikan butiran mengenai lokasi kebakaran, video di media sosial menyarankan ia ialah kemudahan petroleum milik syarikat tenaga nasional, Bahrain Petroleum Company (BAPCO) menjadi sasaran dalam serangan itu.
Rakaman berkenaan menunjukkan letupan besar dan kebakaran di kemudahan minyak yang kelihatan dilanda beberapa serangan.
-- BERNAMA-ANADOLU