Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Iran musnahkan pesawat E-3 milik AS dengan sistem amaran awal udara

E-3 Sentry AWACS from Tinker Air Force Base damaged in Iranian strike (Photo Courtesy: Air Force amn/nco/snco)
Pesawat E‑3 Sentry AWACS dari Pangkalan Tentera Udara Tinker mengalami kerosakan susulan serangan oleh Iran. - Foto Air Force amn/nco/snco

TEHRAN: Pasukan aeroangkasa Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) menyerang pangkalan udara Amerika Syarikat (AS) di Prince Sultan di Arab Saudi, memusnahkan sebuah pesawat E-3 milik AS yang dilengkapi sistem amaran dan kawalan udara (AWACS), serta menyebabkan kerosakan serius kepada pesawat berhampiran, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik perkhidmatan media IRGC pada Ahad.

“Dalam operasi bersama menggunakan peluru berpandu dan UAV (kenderaan udara tanpa pemandu) oleh Tentera Udara IRGC… di Pangkalan Udara Prince Sultan di Arab Saudi, sekurang-kurangnya sebuah pesawat E-3 yang berupaya mengesan dan mengawal pesawat serta pangkalan udara, dimusnahkan sepenuhnya dan semua pesawat berdekatan mengalami kerosakan serius,” menurut kenyataan IRGC seperti dipetik penyiar rasmi Iran.

Pada 28 Februari, Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas sasaran di Iran, termasuk di Tehran, yang mengakibatkan kerosakan dan korban awam. Iran kemudian bertindak balas dengan menyerang wilayah Israel serta kemudahan ketenteraan AS di Asia Barat.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

 

Must Watch Video