Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: 10 kapal tangki minyak diserang di Selat Hormuz

A map showing the Strait of Hormuz and Iran is seen in this illustration taken June 22, 2025. REUTERS/Dado Ruvic/Illustration
Pada masa ini, Akbarzadeh berkata Selat Hormuz berada di bawah kawalan penuh Tentera Laut IRGC. - Gambar/ Reuters

TEHRAN: Sekurang-kurangnya 10 kapal tangki minyak diserang peluru berpandu di Selat Hormuz, kata Timbalan Komander Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran, Mohammad Akbarzadeh, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Mengambil kira amaran berulang kali Tentera Laut IRGC bahawa Selat Hormuz tidak selamat, lebih 10 kapal tangki minyak, yang tidak mengendahkan amaran ini, telah diserang oleh pelbagai peluru berpandu dan terbakar,” kata Akbarzadeh seperti yang dipetik agensi berita Iran Fars.

Beliau berkata, selepas Iran mengumumkan larangan pelayaran di Selat Hormuz, pergerakan kapal minyak, komersial dan nelayan melalui selat itu menjadi mustahil.

Pada masa ini, Akbarzadeh berkata, Selat Hormuz berada di bawah kawalan penuh Tentera Laut IRGC.  - Bernama-Sputnik/RIA Novosti

 

 

 

 

Must Watch Video