Skip to main content

Dunia

Ketua Turus Tentera, Menteri Pertahanan Iran terbunuh dalam serangan AS–Israel

FILE PHOTO: Chief of Staff of the Iranian Armed Forces, Abdolrahim Mousavi, attends a mourning ceremony for late Islamic Revolutionary Guard Corps (IRGC) Commander-in-Chief Major General Hossein Salami, who was killed in Israeli strikes, in Tehran, Iran, July 4, 2025. Majid Asgaripour/WANA (West Asia News Agency) via REUTERS/File Photo ATTENTION EDITORS - THIS PICTURE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY
Abdolrahim Mousavi (kiri) dan Aziz Nasirzadeh (kanan) terbunuh dalam serangan besar-besaran oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel pada Sabtu. -Gambar fail

TEHRAN: Agensi berita rasmi IRNA mengesahkan Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Abdolrahim Mousavi, dan Menteri Pertahanan Aziz Nasirzadeh, terbunuh dalam serangan besar-besaran oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel pada Sabtu.

Kehilangan dua tokoh kanan pertahanan ini menambah senarai pimpinan tertinggi yang terkorban selepas pihak berkuasa mengesahkan kematian Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei dalam siri bedilan yang sama.

Laporan itu menggambarkan tamparan hebat terhadap struktur ketenteraan dan keselamatan Iran ketika negara itu bergelut menghadapi pencerobohan asing berskala besar.

Selain itu, Iran turut mengesahkan kematian penasihat keselamatan Khamenei, Ali Shamkhani, serta Panglima Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Mohammad Pakpour, dalam serangan udara yang menyasarkan pusat arahan strategik di seluruh negara.

Menurut IRNA, beberapa lagi komander kanan turut terbunuh, namun identiti mereka akan diumumkan secara berperingkat selepas proses pengesahan selesai.

Kehilangan serentak barisan kepimpinan utama ini meletakkan Iran dalam fasa krisis ketenteraan dan politik paling serius dalam sejarah modennya.

Kematian tokoh-tokoh penting itu berlaku ketika pihak Parlimen dan kepimpinan IRGC masih berbaki memberi amaran tindak balas keras terhadap serangan AS–Israel.

Pihak berkuasa di Tehran kini giat menyusun semula rantaian perintah bagi memastikan kedaulatan negara terpelihara sepanjang tempoh berkabung selama 40 hari.

Keadaan di ibu negara kekal dalam kawalan ketat dengan pemantauan ruang udara yang dipertingkatkan bagi mengelakkan serangan susulan ke atas infrastruktur pertahanan yang masih beroperasi.

Must Watch Video