WARSAW: Pasukan bomba di Poland terus berusaha memadamkan kebakaran hutan besar di tenggara negara itu pada Rabu, lapor agensi berita Jerman dpa yang memetik laporan agensi berita PAP.
Kejadian itu berlaku sehari selepas sebuah pesawat pengebom air terhempas, mengorbankan juruterbangnya.
Punca nahas pesawat pemadam kebakaran itu masih belum diketahui dan siasatan oleh pejabat pendakwa raya sedang dijalankan.
Kebakaran tercetus di Hutan Solska di selatan Lublin pada Selasa selepas beberapa minggu kemarau dan merebak dengan pantas, menurut PAP.
Menurut jabatan bomba, sebanyak 48 pasukan tindak balas kini berada di lokasi, dengan 58 lagi dijangka tiba dari wilayah Lublin dan Lesser Poland.
Menteri Dalam Negeri Marcin Kierwiński berkata pihak berkuasa bergantung kepada penggunaan dua helikopter pemadam kebakaran bagi mengelakkan api daripada terus merebak.
-- BERNAMA-dpa