Skip to main content

Dunia

Kapal bukan musuh boleh lalui Selat Hormuz dengan langkah keselamatan - Iran

Fishermen work in front of oil tankers south of the Strait of Hormuz Jan. 19, 2012, offshore the town of Ras Al Khaimah in United Arab Emirates. (AP Photo/Kamran Jebreili, File)
Iran bersedia untuk bekerjasama dengan IMO dan negara lain bagi meningkatkan keselamatan maritim serta melindungi pelaut. - Gambar fail/AP

TEHRAN: Wakil Iran ke Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) berkata kapal, kecuali milik “musuh”, boleh melalui Selat Hormuz dengan penyelarasan bagi pengaturan keselamatan dan sekuriti, menurut agensi berita separa rasmi Mehr pada Ahad, lapor Xinhua.

Beliau turut menegaskan bahawa komitmen maritim antarabangsa perlu disertakan dengan penghormatan terhadap integriti wilayah Iran dan hak kedaulatan negara itu.

Iran, katanya, bersedia untuk bekerjasama dengan IMO dan negara lain bagi meningkatkan keselamatan maritim serta melindungi pelaut.

“Diplomasi kekal menjadi keutamaan Iran. Namun, pemberhentian sepenuhnya pencerobohan serta kepercayaan dan keyakinan bersama adalah lebih penting,” kata Mousavi, sambil menambah bahawa serangan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran menjadi “punca kepada situasi semasa di rantau Teluk Parsi dan Selat Hormuz”.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video