Skip to main content

Dunia

Jemaah haji Malaysia kesembilan meninggal dunia di Mekah

81467457927_KaabaKaabahMekah.jpg
Allahyarham merupakan jemaah daripada kumpulan KT50 dan menginap di Hotel Abraj Al-Tayseer. - Gambar fail

MEKAH: Seorang jemaah haji lelaki bagi Musim Haji 1447H/2026M telah meninggal dunia pada hari Khamis, 21 Mei.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan memaklumkan, jemaah yang berasal dari Machang, Kelantan, berusia 77 tahun itu hadir bersama isteri ke tanah suci.

Allahyarham merupakan jemaah daripada kumpulan KT50 dan menginap di Hotel Abraj Al-Tayseer.

Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital King Abdul Aziz pada jam 5.40 petang akibat jangkitan kuman di kawasan perut (intra-abdominal sepsis).

Jenazah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat Subuh pada Jumaat dan kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Al Sharayea, Mekah untuk dikebumikan.

TH mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.

Must Watch Video

Advertisement