Skip to main content

Dunia

Kanak-kanak perempuan dirogol, kepala dihentak batu sehingga maut

61549958517_ROGOL.jpg
Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun telah dirogol dan dibunuh oleh dua lelaki di ibu kota Bhopal, Madhya Pradesh, India, pada Selasa.

Menurut laporan media tempatan, kejadian tersebut berlaku semasa mangsa pergi melawat sebuah kuil di kawasan Manubhavan Tekri, di Bhopal, India bersama ibu saudaranya sebelum kedua-dua suspek menghampiri mereka.

Mangsa kemudiannya telah di bawa ke satu kawasan terpencil sebelum kedua-dua suspek itu merogolnya.

Apa yang lebih menyayat hati, selepas mangsa dirogol, suspek telah menghentak kepala mangsa dengan batu sehingga menemui ajal.

Pada hari berikutnya, keluarga mangsa telah membuat laporan polis  dan suspek yang tinggal di kawasan kejiranan yang sama dengan mangsa telah ditangkap bersama ibu saudaranya.

Polis mengesyaki saudara kepada mangsa mengenali kedua-dua tertuduh dan turut terlibat dalam kes berkenaan.

Pihak polis juga sedang menunggu laporan forensik untuk mengetahui berapa ramai lagi yang terlibat dalam jenayah tersebut.

Must Watch Video