Skip to main content

Dunia

Kadar kematian ibu di Afghanistan cecah 521 bagi setiap 100,000 kelahiran hidup - WHO

61652236631_Afghanistan.jpg
Wanita yang hidup dengan kecederaan ini sering menderita dalam diam akibat rasa malu, serta kurangnya kesedaran bahawa rawatan berkesan sebenarnya tersedia. - Gambar fail

KABUL: Afghanistan terus berdepan antara negara mencatatkan kadar kematian ibu tertinggi di dunia, dengan 521 wanita meninggal dunia bagi setiap 100,000 kelahiran hidup akibat komplikasi yang boleh dicegah, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor Xinhua.

Menurut laporan WHO pada Selasa, obstetric fistula, iaitu komplikasi serius berkaitan kehamilan yang kebanyakannya berpunca daripada proses kelahiran yang lama dan tersekat, menyebabkan kebocoran air kencing atau najis secara berterusan, masalah kesihatan kronik serta stigma sosial yang mendalam.

Ramai wanita yang terjejas berdepan pengasingan daripada keluarga dan komuniti, tidak mampu menjalankan aktiviti menjana pendapatan, serta mengalami tekanan psikologi yang serius, menurut laporan itu.

Walaupun kesannya amat buruk terhadap kesihatan dan kesejahteraan wanita, fistula masih menjadi keadaan yang tersembunyi dan kurang diberi perhatian.

Wanita yang hidup dengan kecederaan ini sering menderita dalam diam akibat rasa malu, akses terhad kepada rawatan pembedahan khusus, serta kurangnya kesedaran bahawa rawatan berkesan sebenarnya tersedia, menurut laporan itu lagi.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video