Skip to main content

Dunia

Israel kini sasar pemimpin Hezbollah Naim Qassem untuk 'dihapuskan'

Reuters
Naim Qassem, yang dilantik pada 29 Oktober 2024 bagi menggantikan Hassan Nasrallah selepas terbunuh dalam serangan Israel, kini menjadi tumpuan utama dalam usaha Israel melumpuhkan kepimpinan tertinggi kumpulan yang disokong Iran itu. -Foto fail/Reuters

TEL AVIV: Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, secara rasmi mengisytiharkan Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem, sebagai “sasaran untuk dihapuskan” selepas kumpulan itu melancarkan roket dan dron ke arah kawasan berhampiran Haifa.

Katz dalam kenyataan tegas memberi amaran bahawa Hezbollah akan membayar harga yang tinggi, dan menegaskan bahawa sesiapa yang mengikut jejak langkah Khamenei akan menerima padah.

Pengumuman itu dibuat susulan siri serangan balas udara Israel yang menyasarkan beberapa lokasi di Lubnan, mengorbankan sekurang-kurangnya 31 orang dan mencederakan 149 yang lain, menurut angka awal pihak berkuasa. 

 

 

Naim Qassem, yang dilantik pada 29 Oktober 2024 bagi menggantikan Hassan Nasrallah selepas terbunuh dalam serangan Israel, kini menjadi tumpuan utama dalam usaha Israel melumpuhkan kepimpinan tertinggi kumpulan yang disokong Iran itu.

Ketegangan semakin memuncak selepas kematian Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, yang mencetuskan tindakan balas Hezbollah terhadap aset pertahanan Israel.

Katz turut mengesahkan bahawa dia dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu telah mengarahkan tentera bertindak dengan kekuatan penuh melalui Operasi Roar of the Lion, dengan menegaskan bahawa Israel tidak akan kembali kepada peraturan serangan sebelum 7 Oktober dan komited mempertahankan keselamatan penduduk di utara negara itu.

Menurutnya, objektif operasi tersebut ialah menghancurkan keupayaan Iran dan menghapuskan ancaman bagi membolehkan rakyat Iran bangkit menentang dan menggulingkan pemerintahan itu.

Israel dalam masa sama menegaskan bahawa operasi udara di Lubnan akan terus dipertingkat sebagai tindak balas terhadap serangan roket dari wilayah tersebut, ketika konflik serantau semakin melebar dan risiko serangan bersasar semakin meningkat. 

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found