ISTANBUL: Kementerian Pertahanan Kuwait berkata beberapa pesawat tempur milik Amerika Syarikat (AS) terhempas pada pagi Isnin, namun kesemua kru dilaporkan selamat, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Pihak berkuasa berkaitan segera melancarkan operasi mencari dan menyelamat, memindahkan kru terlibat dan membawa mereka ke hospital bagi menilai keadaan serta memberikan rawatan perubatan yang diperlukan," menurut jurucakap kementerian dalam satu kenyataan.
Beliau berkata pihak berkuasa kini sedang menyelaraskan tindakan secara langsung dengan tentera AS berhubung insiden terbabit dan telah "mengambil langkah teknikal bersama."
Menurut jurucakap itu lagi, siasatan kini sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
-- BERNAMA-ANADOLU