ISTANBUL: Persatuan Bulan Sabit Merah Iran memaklumkan sekurangnya-kurangnya 555 orang terkorban setakat ini akibat serangan bersama Israel dan Amerika Syarikat (AS), menurut agensi berita Fars pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Dalam satu kenyataan, pertubuhan bantuan itu berkata lebih 100,000 petugas penyelamat telah dikerahkan ke seluruh negara, dengan lebih 130 wilayah dilaporkan terjejas akibat serangan berkenaan.
Sejak Sabtu, Israel dan AS mengesahkan telah menggempur beratus-ratus sasaran di seluruh Iran, termasuk tapak pelancaran peluru berpandu, kemudahan yang dikaitkan dengan program nuklear Iran, ibu pejabat tentera, serta barisan kepimpinan kanan politik negara itu.
Ibu negara, Tehran sekali lagi menjadi sasaran pengeboman hebat pada Ahad. Pemimpin Agung Iran, Ali Khamenei, dilaporkan terkorban dalam serangan pada Sabtu.
--BERNAMA-dpa