Skip to main content

Dunia

Israel dakwa bunuh pengasas bersama Hamas, Hakham Muhammad Issa

71751183664_HakhamMuhammadIssa.jpg
ISRAEL mendakwa telah membunuh pegawai kanan Hamas, Hakham Muhammad Issa al-Issa dalam satu serangan udara di Gaza.


Ringkasan AI
  • Israel mendakwa telah membunuh Hakham Muhammad Issa al-Issa, pegawai kanan Hamas, dalam serangan udara di kawasan Sabra, Bandar Gaza.
  • Menurut IDF, Issa merupakan salah seorang pengasas Hamas dan memegang jawatan sebagai Ketua Ibu Pejabat Sokongan Tempur Hamas.
  • Hamas belum mengesahkan kematian tersebut setakat ini.


Memetik laporan media antarabangsa, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata mereka menjalankan operasi bersepadu bersama Agensi Keselamatan Israel (ISA).

Operasi berkenaan menyasarkan Hakham Muhammad Issa di kawasan Sabra, Bandar Gaza pada Jumaat.

IDF memaklumkan Hakham Muhammad Issa merupakan pegawai kanan dalam sayap Hamas dan salah seorang pengasas organisasi tersebut.

Rejim zionis turut mendakwa jawatan terkini Hakham Muhammad Issa ialah sebagai Ketua Ibu Pejabat Sokongan Tempur Hamas.

Bagaimanapun, setakat ini Hamas belum mengesahkan mengenai perkara tersebut.






Must Watch Video