TEHRAN: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, menzahirkan ucapan tahniah kepada Mojtaba Khamenei atas pelantikan beliau sebagai Pemimpin Tertinggi Iran baharu, menggantikan Allahyarham Ayatollah Ali Khamenei yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel baru-baru ini.
Menerusi satu kenyataan di platform X, Abbas Araghchi menegaskan komitmen kementeriannya untuk terus setia di bawah kepimpinan baharu itu dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara di tengah-tengah ketegangan yang masih memuncak di Asia Barat.
پیام تبریک به مناسبت انتخاب شایسته حضرت آیهالله سید مجتبی حسینی خامنهای بهعنوان سومین رهبر معظم انقلاب اسلامی، همزمان با اولین شب پر برکت قدر...
عهد می بندیم برای دفاع از حقوق ملت بزرگ ایران، پیشبرد منافع و امنیت ملی، و تحقق اهداف عالیه انقلاب اسلامی لحظه ای از پا ننشینیم. pic.twitter.com/SPxAYbYieu— Seyed Abbas Araghchi (@araghchi) March 9, 2026
“Kami berikrar dalam mempertahankan hak bangsa Iran, memajukan kepentingan dan keselamatan nasional, serta merealisasikan matlamat Revolusi Islam, kami tidak akan goyah walaupun sesaat,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Pelantikan Mojtaba dilihat sebagai langkah penting bagi mengekalkan kestabilan politik Tehran selepas serangan udara AS-Israel yang meragut nyawa sebahagian besar kepimpinan negara dan mencetuskan konflik lebih luas di rantau berkenaan.
Abbas Araghchi turut memberi jaminan jentera diplomatik Iran akan terus berfungsi sepenuhnya bagi memastikan objektif strategik negara dapat dicapai meskipun berdepan tekanan ketenteraan dan ekonomi daripada kuasa Barat.