Skip to main content

Dunia

Iran lantik Mohammad Bagher Zolghadr sebagai ketua keselamatan tertinggi

Mohammad Bagher Zolghadr attends the inauguration ceremony of the 6th term of the Assembly of Experts in Tehran, Iran, May 21, 2024. (AP Photo/Vahid Salemi)
Iran melantik Mohammad Bagher Zolghadr sebagai Setiausaha Majlis Keselamatan Tertinggi Negara, bagi menggantikan Ali Larijani yang terkorban dalam serangan Israel-Amerika Syarikat (AS). - Foto AP

ISTANBUL: Iran melantik Mohammad Bagher Zolghadr sebagai Setiausaha Majlis Keselamatan Tertinggi Negara, bagi menggantikan Ali Larijani yang terkorban dalam serangan Israel-Amerika Syarikat (AS), menurut pejabat presiden pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Bekas komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) itu sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Majlis Penentuan Kepentingan Iran. Beliau juga pernah memegang pelbagai jawatan lain termasuk Timbalan Menteri Dalam Negeri dan pembantu kepada ketua kehakiman bagi hal ehwal strategik.

Zolghadr menggantikan Larijani yang terkorban dalam serangan udara AS-Israel di Tehran pada 17 Mac. AS dan Israel terus melancarkan serangan udara ke atas Iran sejak 28 Feb, yang setakat ini telah mengorbankan lebih 1,340 orang termasuk Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei.

Tehran telah bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, selain Jordan, Iraq, dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS, sehingga mengakibatkan kecederaan dan kerosakan infrastruktur serta mengganggu pasaran global dan sektor penerbangan.

-- BERNAMA

Must Watch Video