Skip to main content

Dunia

Hadiah Nobel Sains Ekonomi 2025 dianugerahkan kepada Mokyr, Aghion dan Howitt - Akademi

71760361635_tbTheNobelPrizein.jpg
MOSCOW: Hadiah Sains Ekonomi bagi Memperingati Alfred Nobel bagi tahun 2025 dianugerahkan kepada Joel Mokyr, Philippe Aghion dan Peter Howitt, menurut Akademi Sains Diraja Sweden pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.


Ringkasan AI
  • Hadiah Nobel Sains Ekonomi 2025 dianugerahkan kepada Joel Mokyr, Philippe Aghion dan Peter Howitt.
  • Anugerah diberi atas sumbangan mereka dalam menjelaskan pertumbuhan ekonomi yang dipacu inovasi.
  • Mokyr menerima separuh anugerah atas kajian kemajuan teknologi, manakala Aghion dan Howitt berkongsi separuh lagi atas teori pertumbuhan melalui pemusnahan kreatif.


"Akademi Sains Diraja Sweden memutuskan untuk menganugerahkan Hadiah Sains Ekonomi Sveriges Riksbank bagi Memperingati Alfred Nobel 2025 kepada Joel Mokyr, Philippe Aghion dan Peter Howitt 'atas sumbangan mereka dalam menjelaskan pertumbuhan ekonomi yang dipacu inovasi' dengan separuh anugerah diberikan kepada Mokyr 'kerana mengenal pasti prasyarat pertumbuhan mampan melalui kemajuan teknologi' dan separuh lagi secara bersama kepada Aghion dan Howitt 'atas teori pertumbuhan mampan melalui pemusnahan kreatif'," kata akademi itu di platform X.

-- BERNAMA




Must Watch Video