Skip to main content

Dunia

GSF 2.0: Israel mula hantar pulang aktivis flotila Gaza yang ditahan

Saya telah menerima panggilan daripada Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby.  Beliau menyampaikan taklimat terperinci berhubung insiden 22 kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang dipintas dan diceroboh oleh tentera rejim Israel di perairan antarabangsa ketika dalam perjalanan ke Gaza.
Misi bantuan laut itu sebelum ini dipintas oleh tentera Israel di perairan antarabangsa pada awal minggu ini, sekali gus mencetuskan kecaman dan reaksi diplomatik daripada komuniti antarabangsa. -Gambar fail/Facebook

TEL AVIV: Israel memulakan proses penghantaran pulang semua aktivis kemanusiaan yang ditahan di atas kapal bantuan ke Semenanjung Gaza selepas mereka dibebaskan dari pusat tahanan Ktziot, awal hari ini.

Al Jazeera melaporkan pergerakan keluar aktivis berkenaan dilakukan secara berperingkat sejurus selepas urusan dokumentasi pembebasan mereka selesai.

Pertubuhan hak asasi undang-undang, Adalah, mengesahkan pihaknya menerima makluman rasmi daripada Perkhidmatan Penjara Israel serta pihak berkuasa berkaitan bahawa semua ahli misi yang ditahan daripada pakatan Global Sumud Flotilla dan Freedom Flotilla Coalition telah dilepaskan untuk proses pengusiran keluar.

Menurut Adalah, sebahagian besar aktivis berkenaan kini dipindahkan ke Lapangan Terbang Ramon bagi menaiki penerbangan keluar dari Israel.

Pasukan peguam pertubuhan itu turut memantau keseluruhan proses berkenaan bagi memastikan semua individu terbabit dihantar pulang dengan selamat tanpa kelewatan.

Misi bantuan laut itu sebelum ini dipintas oleh tentera Israel di perairan antarabangsa pada awal minggu ini, sekali gus mencetuskan kecaman dan reaksi diplomatik daripada komuniti antarabangsa.

Must Watch Video

Advertisement