Skip to main content

Dunia

Gempa kuat gegar Vanuatu

81657591603_earthquakeportvil.jpg
PORT VILA: Gempa bumi dengan kekuatan magnitud 6.1 menggegarkan ibu kota Vanuatu pada Isnin, jam 9 malam waktu tempatan.

Menurut agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa dikesan pada kedalaman 10 kilometer (km) berhampiran Port Vila, lapor portal Xinhua.

Tiada laporan kerosakan struktur bangunan, kecederaan atau kehilangan jiwa, serta tsunami dibuat setakat ini. 




Must Watch Video