Skip to main content

Dunia

Gempa kuat 6.7 skala Ritcher di Jawa Timur

61611243182_GempaBumiGeneric.jpg
JAKARTA: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter berlaku di Jawa Timur, berpusat di 90km barat daya daerah Malang.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia.

Menurut BMKG, kejadian gempa itu berlaku pada pukul 2.00 petang waktu Indonesia Barat di kedalaman 25km di dasar Laut Hindi.

Setakat ini tiada laporan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.

-- BERNAMA

Must Watch Video