Skip to main content

Dunia

Gempa bumi kuat 6.8 magnitud gegar Chile

41609107694_TBMAPPINEARTHQUA.jpg
LIMA:Satu gempa bumi dilapor berlaku sebentar tadi di perairan Chile.

Gempa berkekuatan 6.8 pada Ahad jam 4.39 petang waktu tempatan itu berlaku berhampiran Valdivia di Los Rios Region, lapor United States Geological Survey (USGS) dan German Research Centre for Geosciences (GFZ).

Menurut data awal, pusat gempa dikesan 149 kilometer (km) di barat laut Corral pada kedalaman 10 km.

Tiada maklumat berhubung kerosakan dilaporkan setakat ini.

Pihak berkuasa juga tidak mengeluarkan amaran tsunami.


Must Watch Video