Skip to main content

Dunia

Gempa bumi bermagnitud 7.6 landa utara, timur laut Jepun, amaran tsunami dikeluarkan

61762666720_GempaBumiGeneric.jpg
TOKYO: Gempa bumi dengan magnitud awal 7.6 melanda kawasan utara dan timur laut Jepun pada Isnin, menurut agensi cuaca negara itu, lapor Xinhua.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), pusat gempa terletak di luar pesisir Wilayah Aomori pada latitud 41.0 darjah utara dan longitud 142.3 darjah timur.

JMA telah mengeluarkan nasihat tsunami untuk pantai timur wilayah berkenaan serta kawasan lain di sepanjang pantai Pasifik.

-- BERNAMA

Must Watch Video