Skip to main content

Dunia

Gempa bumi bermagnitud 5.8 landa perairan berhampiran Taiwan - CENC

41743316305_GempaBumiGeneric.jpg
BEIJING/TAIPEI: Gempa bumi dengan magnitud 5.8 menggegarkan perairan berhampiran Daerah Taitung, Taiwan, pada 7.00 malam Rabu, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC), lapor Xinhua.

Pusat gempa dikesan pada latitud 23.33 darjah utara dan longitud 121.72 darjah timur. Gempa bumi berlaku pada kedalaman 20 kilometer, menurut CENC.

Gegaran dirasai di beberapa lokasi di Taiwan, termasuk Taipei, namun setakat ini tiada yang dilaporkan maut.

Media tempatan melaporkan, perkhidmatan MRT Lapangan Terbang Taoyuan dihentikan sementara akibat gempa bumi. Perkhidmatan metro di Taipei pula memaklumkan yang semua tren kini beroperasi pada kelajuan yang dikurangkan.

-- BERNAMA

Must Watch Video