Skip to main content

Dunia

Gempa bumi 6.5 magnitud landa selatan Kepulauan Fiji

71744594764_KEPULAUANFIJI.jpg
ISTANBUL: Gempa bumi dengan magnitud 6.5 melanda selatan Kepulauan Fiji pada Isnin, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Menurut Anadolu Ajansi, USGS melaporkan gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 174 kilometer (108 batu).

Sistem Amaran Tsunami Amerika Syarikat menyatakan bahawa tiada tsunami dijangka berlaku.

-- BERNAMA

Must Watch Video