Skip to main content

Dunia

Enam maut dalam serangan bunuh diri di Kabul

71514180166_Afghanistan.jpg
Sekurang-kurangnya enam orang maut dalam serangan bunuh diri berhampiran luar pejabat Agensi Risikan Afghanistan di sini, kata pegawai.

Manakala tiga lagi cedera apabila penyerang meletupkan diri ketika kakitangan agensi dalam perjalanan ke tempat kerja.

Setakat ini, tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu pada Isnin.

Kabul sering kali menjadi sasaran pengganas Taliban serta kumpulan militan sejak beberapa bulan lalu.

Pada Mei, satu serangan besar berlaku di Kabul hingga mengorbankan kira-kira 150 orang.

Must Watch Video