Skip to main content

Dunia

Dilma Rousseff hilang jawatan sebagai presiden Brazil

81460946482_DilmarRouseff.jpg
Dilma Rousseff dilucutkan jawatannya sebagai presiden Brazil selepas undian pemecatan beliau diadakan oleh Senat pada Rabu.

Beliau gagal memperoleh dua pertiga majoriti sokongan apabila seramai 61 dari 81 senator mengundi untuk memecatnya.

Rousseff, 68, dituduh cuba menyorok defisit dalam bajet awam Brazil dengan memanipulasi ketiadakaturan fiskal seperti melambatkan pembayaran balik hutang negara.

BACA: Perbicaraan pecat Dilma Rousseff bermula

Jawatan itu akan diganti oleh naib presiden Brazil, Michel Temer yang akan mengangkat sumpah jam 3.00 petang waktu tempatan.


Must Watch Video