Skip to main content

Dunia

Bangunan bersebelahan Burj Khalifa terbakar

71667827477_DubaiFire.jpg
DUBAI: Sebuah bangunan berketinggian 35 tingkat dilaporkan terbakar di Dubai, awal pagi ini.

Memetik laporan ABC News, bangunan itu terletak bersebelahan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa.

Sehingga kini, tiada maklumat mengenai sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Wartawan AP melaporkan, api yang marak berjaya dipadamkan oleh pasukan keselamatan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by TRT World (@trtworld)


Kepulan asap hitam dari kebakaran memenuhi ruangan udara di sebahagian kawasan siri menara 8 Boulevard Walk yang dibina oleh Emaar iaitu syarikat pemaju yang disokong kerajaan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sementara itu, pihak berkuasa Dubai, Pejabat Media Dubai serta syarikat pemaju, Emaar masih belum mengeluarkan kenyataan.

Kejadian kebakaran melibatkan bangunan tinggi di Dubai yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini menimbulkan keraguan mengenai keselamatan pelapisan dan bahan pembinaan yang digunakan di negara itu.

Terdahulu, ketika sambutan malam Tahun Baharu 2015, kebakaran turut berlaku di Address Downtown, salah sebuah hotel dan kediaman paling mewah di Dubai berhampiran Burj Khalifa.

Must Watch Video