Skip to main content

Dunia

ASEAN 2026: Anwar tegaskan isu Laut China Selatan jangan dipengaruhi kuasa luar

Myanmar's Permanent Secretary of the Ministry of Foreign Affairs U Hau Khan Sum, Malaysia's Prime Minister Anwar Ibrahim and his wife Wan Azizah Wan Ismail, Thailand's Prime Minister Anutin Charnvirakul and his wife Thananon Niramit, East Timor's Prime Minister Xanana Gusmao, Vietnam's Prime Minister Le Minh Hung, Philippine President Ferdinand Marcos Jr. and his wife Liza Araneta Marcos, Singapore's Prime Minister Lawrence Wong and his wife Loo Tze Lui, Brunei's Sultan Hassanal Bolkiah and his son Prince A
Anwar (tiga, kiri) ketika Sidang Kemuncak ASEAN ke-48, di sini, pada Jumaat. - Foto/ Reuters

CEBU: Malaysia menegaskan isu Laut China Selatan perlu diselesaikan menerusi rundingan antara negara ASEAN dan China tanpa campur tangan kuasa luar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ASEAN turut berpendirian bahawa rundingan Kod Tatalaku (COC) bersama China perlu disegerakan bagi menjamin kawasan perairan serantau.

“Isu yang agak kontroversial dan berat yang kita harus tangani adalah isu Laut China Selatan. Kita masih berpendapat rundingan harus di kalangan negara ASEAN dan China, tidak melibatkan kuasa luar yang lain,” katanya dalam sidang media penutup selepas Sidang Kemuncak ASEAN ke-48, di sini, pada Jumaat.

Anwar berkata, isu berkenaan setakat ini menunjukkan perkembangan positif ke arah tersebut.

“Kita juga mengekalkan pandangan supaya COC di antara ASEAN dan negara China dipercepatkan dan setakat ini Kementerian Luar menekankan bahawa ada kemajuan ke arah itu,” katanya.

Mengulas pendirian ASEAN dalam isu geopolitik semasa, Anwar berkata, blok serantau itu perlu terus mengekalkan prinsip berkecuali tanpa memihak kepada mana-mana kuasa besar.

Beliau berkata, ASEAN juga perlu mengekalkan hubungan baik dengan semua negara selaras prinsip sentraliti ASEAN.

“Kita tegas dalam pendirian kita supaya ASEAN kekal dengan pendirian bebas berkecuali tetapi berprinsip.

“Kita tidak boleh menyebut kita ini dasar sentraliti dan bebas kalau kita hanya memilih untuk mendukung negara-negara yang rapat dengan Barat atau Eropah tetapi tidak dengan negara-negara lain,” katanya.

Must Watch Video