Skip to main content

Dunia

Albanese gesa redakan ketegangan, persoal keperluan lanjutan konflik Iran

Australian Prime Minister Anthony Albanese speaks to the media during a press conference at Parliament House in Canberra, Australia, 30 March, 2026. Lukas Coch/AAP/via REUTERS./File Photo Purchase Licensing Rights
Albanese berkata tidak jelas apakah lagi yang perlu dicapai selepas matlamat awal yang diumumkan oleh pentadbiran AS dilaporkan telah direalisasikan. - Foto REUTERS

CANBERRA: Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, menggesa usaha untuk meredakan ketegangan susulan ucapan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang mendakwa “objektif strategik teras” Washington dalam perang dengan Iran hampir dicapai.

Bercakap kepada pemberita di Canberra, Albanese berkata tidak jelas apakah lagi yang perlu dicapai selepas matlamat awal yang diumumkan oleh pentadbiran AS dilaporkan telah direalisasikan.

“Objektif yang digariskan oleh Presiden Trump ketika beliau melancarkan tindakan terhadap Iran sebahagian besarnya telah dicapai, dan kami mahu melihat ketegangan ini diredakan,” kata Albanese.

Beliau menambah bahawa dengan matlamat tersebut sudah dicapai, hala tuju seterusnya konflik itu masih kabur.

“Sekarang objektif itu telah dicapai, tidak jelas apa lagi yang perlu dicapai atau bagaimana titik penamatnya kelihatan,” katanya.

“Apa yang jelas ialah semakin lama peperangan ini berterusan, semakin besar kesannya terhadap ekonomi global.”

Kenyataan Albanese itu mencerminkan kebimbangan yang dikongsi oleh beberapa sekutu AS mengenai risiko konflik berpanjangan di Asia Barat, termasuk implikasinya terhadap kestabilan ekonomi dunia, keselamatan tenaga dan perdagangan antarabangsa.

Australia sebelum ini berulang kali menyeru semua pihak supaya mengelakkan peningkatan konflik dan memberi keutamaan kepada pendekatan diplomatik bagi meredakan ketegangan di rantau tersebut.

 

Must Watch Video