Skip to main content

Dunia

Agensi maritim terima laporan penutupan Selat Hormuz

A map showing the Strait of Hormuz and Iran is seen in this illustration taken June 22, 2025. REUTERS/Dado Ruvic/Illustration
Peta menunjukkan Selat Hormuz dan Iran, dilihat dalam ilustrasi yang diambil pada 22 Jun 2025. REUTERS

KAHERAH: Agensi Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) pada Sabtu memaklumkan bahawa ia menerima beberapa laporan daripada kapal yang beroperasi di Teluk yang menyatakan mereka menerima mesej mengenai penutupan Selat Hormuz.

Tiada pengesahan segera daripada Iran setakat ini.

Selat itu merupakan laluan eksport minyak paling penting di dunia dan menghubungkan pengeluar utama minyak di rantau Teluk seperti Arab Saudi, Iran, Iraq dan Emiriah Arab Bersatu dengan Teluk Oman serta Laut Arab.

-- REUTERS

 

Must Watch Video