ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya sembilan orang maut akibat cacar monyet di wilayah Sindh, selatan Pakistan, dengan 25 kes disahkan setakat tahun ini, menurut jabatan kesihatan wilayah itu pada Selasa, lapor Xinhua.
Menurut angka rasmi, sebanyak 122 kes disyaki telah dilaporkan, menunjukkan penularan berterusan virus itu di beberapa bahagian wilayah berkenaan.
Pihak berkuasa kesihatan berkata daerah Khairpur kekal sebagai kawasan paling terjejas dengan 18 kes disahkan, diikuti Sukkur dengan tiga kes dan Karachi dengan empat kes.
Pegawai berkata situasi itu sedang dipantau rapi sambil menggesa orang ramai mendapatkan rawatan perubatan segera sekiranya mengalami simptom serta mematuhi langkah berjaga-jaga bagi mengehadkan penularan.
-- BERNAMA-XINHUA