Skip to main content

Dunia

2 maut dalam nahas pesawat ringan di Sepanyol

51754795893_planecrashedspai.jpg
MADRID: Dua orang maut pada Sabtu apabila sebuah pesawat ringan terhempas di wilayah Valencia, Sepanyol, menurut kerajaan wilayah itu, lapor Xinhua.

Kemalangan berlaku berhampiran bandar Requena sekitar 11.25 pagi, apabila pesawat itu menjunam secara mendadak sejurus berlepas dan terhempas di kawasan padang berhampiran, mengorbankan kedua-dua penumpangnya serta-merta di lokasi kejadian.

Pesawat berkenaan musnah sepenuhnya akibat terbakar dan punca nahas masih dalam siasatan.

Keadaan cuaca ketika kejadian dilaporkan baik.

Kedua-dua mangsa adalah lelaki dari bandar Valencia yang berhampiran.

-- BERNAMA



Must Watch Video