Skip to main content

Dunia

15 pekerja maut bas terjunam dalam lombong di tengah India

81712728498_Crash.jpg
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 15 pekerja terbunuh selepas bas yang membawa mereka terjunam ke dalam lombong di tengah India pada Selasa malam.

Kemalangan itu yang berlaku pada 8.30 malam di kawasan Kumhari di daerah Durg, Chhattisgarh.

Bas itu mengangkut berpuluh-puluh pekerja sebuah syarikat penyulingan selepas bekerja.

Kira-kira 12 mangsa yang cedera dimasukkan ke hospital.

Siasatan telah diarahkan untuk mengetahui punca kemalangan, kata Majistret daerah Richa Prakash Chaudhary kepada media tempatan.

-- BERNAMA

Must Watch Video