Skip to main content

Dunia

1 askar maut, 7 cedera dalam serangan hendap di Filipina

61691943332_pistol.jpg
MANILA: Seorang askar terbunuh manakala enam lagi cedera selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerang hendap konvoi yang mengiringi seorang pegawai kerajaan tempatan di selatan Filipina, lapor Xinhua, memetik jurucakap tentera pada Ahad.

Mejar Tentera Andrew Linao dari Komando Mindanao Barat berkata, pegawai tempatan itu bagaimanapun terselamat dalam serangan pada Sabtu di Basilan, sebuah wilayah pulau di selatan.

Linao berkata, kira-kira 10 lelaki bersenjata melancarkan serangan hendap.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

--BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video