Skip to main content

Bisnes

PuTERA35: Usahawan digesa percepat adaptasi teknologi dan tadbir urus

SME Corp tingkat pendigitalan usahawan bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Datuk Nainy berkata transformasi digital kini menjadi faktor utama yang menentukan kelangsungan perniagaan.

KUALA LUMPUR: Usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu mengubah cara berfikir serta mempercepatkan penggunaan teknologi dan amalan tadbir urus mampan bagi memastikan perniagaan mereka kekal berdaya saing dalam ekonomi semasa.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Datuk Nainy berkata, transformasi digital kini menjadi faktor utama yang menentukan kelangsungan perniagaan.

Menurut beliau, usahawan perlu melihat pendigitalan sebagai satu keperluan asas dalam operasi perniagaan, bukan sekadar pilihan.

“Jika perniagaan tidak didigitalisasikan, mereka akan ketinggalan. Bukan sahaja dari sudut keuntungan, malah dari aspek pengurusan perniagaan yang lebih cekap dan sistematik,” katanya dalam program PuTERA35. 

Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan amalan ESG atau Environmental, Social and Governance yang kini semakin diberi perhatian dalam ekosistem perniagaan global.

Menurutnya, syarikat multinasional dan syarikat berprestasi tinggi di peringkat antarabangsa kini meletakkan keperluan pelaporan ESG sebagai antara syarat penting dalam rantaian bekalan mereka.

“Pembeli besar di luar sana termasuk syarikat multinasional kini menginginkan PKS menyediakan laporan ESG atau disclosure report sebagai sebahagian daripada keperluan kerjasama perniagaan,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kiddocare, Nadira Yusoff berkata penggunaan teknologi juga membolehkan syarikat memberi impak sosial yang lebih luas kepada masyarakat.

Menurut beliau, setiap perkhidmatan yang ditawarkan platform penjagaan kanak-kanak itu bukan sahaja membantu keluarga yang memerlukan bantuan penjagaan, malah turut membuka peluang pekerjaan kepada penjaga.

“Setiap perkhidmatan yang kami sediakan memberi impak kepada dua kehidupan — keluarga yang memerlukan penjagaan serta penjaga yang memperoleh peluang pekerjaan dan pendapatan,” katanya.

Beliau menambah, usaha mengembangkan perniagaan bukan sekadar menambah bilangan pelanggan, tetapi juga memastikan komuniti penjaga yang terlibat dapat berkembang bersama platform tersebut.

Topic Berkaitan

Must Watch Video