Skip to main content

Bisnes

Pos Malaysia mengendalikan 1.1 bilion mel pada 2012

81356695769_295x200.jpg
Pos Malaysia optimis perkhdimatan melnya akan meningkat dengan pengenalan perkhidmatan mel terus pada Ogos lalu.

Sejak dilancarkan lima bulan lalu , jumlah mel terus yang diuruskan mencecah diantara empat dan lima juta.

Sebahagian besarnya disumbang dari syarikat tempatan yang menggunakan perkhidmatan tersebut untuk berhubung secara langsung dengan pelanggan bagi sebarang promosi.

Ketua Pegawai Operasi kumpulan Pos Malaysia Shukrie Salleh menyifatkan mel terus sebagai langkah paling berkesan untuk syarikat menjalankan promosi.

Katanya lagi untuk jangka panjang , Pos Malaysia mensasarkan 10 peratus mel kendalian akan merangkumi mel terus.

Tambah Shukrie perkhidmatan mel terus itu dijangka mampu memacu kembali volum perkhidmatan melnya  yang kini semakin suram kesan perkembangan teknologi.

Pada 2012, syarikat kurier itu mengendalikan 1.1 bilion mel.

Must Watch Video