Skip to main content

Advertisement

Bisnes

NAP: Pengurangan harga kereta antara tumpuan utama

51351926029_295x200.jpg
Rangka kerja pengurangan harga kereta antara tumpuan utama dalam pengumuman Dasar Automotif Nasional (NAP) pada hari Isnin.

Sasaran yang ditetapkan adalah pengurangan sekitar 20 hingga 30 peratus menjelang 2017.

Penurunan harga kereta itu akan mampu dicapai menerusi liberalisasi industri automotif.

Pengecualian cukai eksais dan cukai import kereta hibrid bagi model pemasangan secara tempatan CKD sehingga 31 disember 2015 dan pengecualian cukai bagi kenderaan elektrik (EV) sehingga 2017.

Di bawah NAP, sebanyak RM1.89 bilion dana diperuntukan untuk pinjaman serta 175 juta ringgit berbentuk geran.

Lebih 2 bilion geran dan pinjaman disediakan untuk segmen kenderaan cekap tenaga (EEV) menjelang 2020.

Melalui NAP kerajaan mensasarkan eksport kereta mencecah RM10 bilion  menjelang 2020 selain jumlah keseluruhan industri (TIV) mencecah 1 juta unit.

Must Watch Video