Skip to main content

Bisnes

Kerajaan digesa luaskan bantuan SPV, tubuh dana khas demi kelangsungan perniagaan

61603160120_MahadzirMHassan.jpg
KUALA LUMPUR: Gabungan persatuan peniagaan dan dewan peniaga dan perdagangan, Business Survival Group menggesa kerajaan supaya memperluaskan bantuan Special Purpose Vehicle (SPV) atau menubuhkan dana khas bagi kelangsungan perniagaan pasca COVID-19.

Naib Presiden Protemnya,  Datuk Dr AT Kumararajah berkata, pihaknya sedia berkerjasama dengan kerajaan bagi mewujudkan kerjasama awam swasta (PPP) bagi tujuan itu.

"Dalam merancakkan semula ekonomi, pihak bank boleh mempertimbangkan perkara itu dengan sokongan kerajaan," katanya pada sidang akhbar pelancaran #BankerWithBigHeart di sini, pada Isnin.

Sehubungan itu, Kumararajah mencadangkan supaya kementerian serta sekurang-kurangnya 60 agensi terpilih yang berkaitan dengan keusahawanan diletakkan di bawah satu bumbung yang sama.

"Jadi, sebarang masalah yang berkait dengan perniagaan boleh terus merujuk kepada gabungan ini," jelasnya.

Selain itu, beliau turut menyarankan, model pembiayaan perlu tetap berdasarkan keperluan entiti perniagaan selama enam bulan dengan bank.

Must Watch Video