Skip to main content

Bisnes

Harga pakej berbuka puasa Ibis Styles Kota Bharu ditawarkan dengan harga Rahmah

Ibis Style Kota Bahru
Pelbagai juadah berbuka puasa dengan hidangan masakan tradisional Kelantan, hidangan masakan tempatan bertemakan "kuali Ramadhan" dengan menampilkan cita rasa warisan disertai sentuhan kreatif moden.

KOTA BHARU: Ibis Styles Hotel menawarkan pakej bufet Ramadan 2026, dengan harga Rahmah sebagai salah satu sokongan kepada rakyat Kelantan yang ingin membawa keluarga berbuka puasa selain menikmati pelbagai juadah tradisional Melayu Kelantan.

Menurut Pengurus Besar hotel Ibis Styles Kota Bharu, Zac Harun, harga bufet berbuka puasa ditawarkan dengan kadar RM79 bagi dewasa, RM49 bagi kanak-kanak berusia dari enam hingga 11 tahun dan RM59 untuk warga emas berusia dari 60 tahun ke atas.

Zac berkata, pelbagai juadah berbuka puasa dengan hidangan masakan tradisional Kelantan, hidangan masakan tempatan bertemakan "Kuali Ramadan" dengan menampilkan cita rasa warisan disertai sentuhan kreatif moden.

"Antara hidangan utama disajikan termasuklah, daging masak hitam, ikan gulai lemak tempoyak, daging dendeng, paru goreng berlada, lala masak cili, gulai telur itik, ketam masak pedas dan daging salai gulai lemak" katanya sewaktu pelancaran bufet Ramadan 2026, di sini, baru-baru ini.

"Dapur Ibis Styles Kota Bharu kali ini juga menampilkan nasi minyak, nasi putih, nasi tomato, nasi hujan panas dan nasi beriani" tambahnya lagi.

"Kali ini Ibis Styles Kota Bharu turut memperkenalkan Royale Briyani, dengan hidangan berlapis nasi beriani digabungkan dengan ayam, daging dan kambing. Hidangan ini merupakan menu utama pada bufet Ramadan kali ini" ujarnya

Zac berkata dengan pembukaan dewan makan yang luas di pekarangan hotel, pihaknya juga dapat menyediakan 10 gerai merangkumi minuman sejuk panas, aneka colek buah, yong tau foo, roti john, sup gearbox, kambing golek serta bubur lambuk warisan yang menjadi simbol tradisi Ramadan.

"Bagi pencinta hidangan pembuka pelbagai jenis kerabu tradisional disediakan seperti kerabu jantung pisang, kerabu pucuk beko, kerabu kaki ayam, kerabu mangga muda, kerabu kerang dan kerabu kacang botol."

Harga yang ditawarkan Ibis Styles Kota Bharu merupakan harga Rahmah dengan hidangan bertaraf hotel lima bintang.

Must Watch Video