Skip to main content

Bisnes

Astro raih 6 anugerah di The Spark Awards

61409400670_295x200.jpg
Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) cemerlang apabila berjaya meraih enam anugerah di Spark Awards for Media Excellence 2014 yang berlangsung Khamis lalu di Singapura.

Pengiktirafan diterima termasuk dua anugerah Emas di bawah kategori Best Media Solution-Radio untuk  Permanis Sandilands  dan Best Commercial Acquisition Team, dua anugerah Perak untuk kategori  Best Media Solution -Mobile untuk  Astro on the Go dan Best Subscription Strategy, selain dua anugerah gangsa bagi kategori Best Programme Promotion untuk Fear Factor Selebriti Malaysia dan Best Media Solution- Integrated Media untuk Master Chef Malaysia.

Anugerah The Spark Awards diberikan kepada penggiat media sekitar rantau Asia Tenggara berdasarkan kandungan menarik, penyelesaian inovatif, keberkesanan produk dan pencapaian kumpulan.

Astro adalah syarikat media yang menerajui integrasi hiburan pengguna di Malaysia dan serantau dengan tumpuan kepada empat bidang perniagaan iaitu Televisyen Berbayar, Radio, Penerbitan dan Media Digital.

Astro juga adalah pemenang anugerah Emas dalam kategori  Media dan Hiburan pada anugerah  Putra Brand Awards untuk lima tahun berturut-turut sejak 2010 hingga 2014, selain meraih anugerah “Brand of the Year” pada 2012 dan “Brand Icon” pada 2013.

Juga baru-baru ini Astro memenangi tiga anugerah Stevie Award di 2013 International Business Awards atas usaha tanggungjawab sosial korporat, CSR.

Anugerah  dilihat sebagai pengiktirafan terhadap usaha berterusan Astro dalam bidang inovasi, kualiti dan CSR.

Must Watch Video