Skip to main content

Advertisement

USNO akan teruskan legasi Tun Mustapha

USNO akan teruskan legasi Tun Mustapha

Pertubuhan Kebangsaan Bersatu Sabah (USNO) yang baharu akan terus menggalas legasi yang ditinggalkan bapa kemerdekaan Sabah, Tun Mustapha, dalam memperjuangkan hak rakyat di negeri itu. Presiden USNO, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, menyatakan bahawa parti itu akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam membantu membangunkan negeri seperti yang dilakukan oleh Almarhum Tun Mustapha bersama parti-parti tempatan pada suatu ketika dahulu.