UiTM kenal pasti program sedia ada untuk dijadikan TVET
Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedang mengenal pasti beberapa program pengajian sedia ada untuk diperkasakan menjadi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sepenuhnya.
Menurut Pengerusi Lembaga Pengarahnya Prof Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose, inisiatif diketuai Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UiTM Prof Datin Dr Suzana Sulaiman itu setakat ini telah mengenal pasti kira-kira 40 program yang mempunyai unsur separa TVET serta mempunyai sukatan pelajaran teknikal yang berpotensi dijadikan TVET sepenuhnya.