Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Tubuh yang 'dihadiahkan', nyawa yang diselamatkan

Tubuh yang 'dihadiahkan', nyawa yang diselamatkan

Mereka tidak pernah berdiri di hadapan kelas, tidak pernah menyebut sepatah kata apatah lagi menegur kesilapan, namun selepas kematian, jasad mereka menjadi sumber pembelajaran paling jujur dalam dunia perubatan di Malaysia.

Itulah pengorbanan penderma Program Silent Mentor, satu inisiatif pendidikan perubatan yang membolehkan pelajar mempelajari anatomi dan teknik pembedahan sebenar melalui jasad manusia, sekali gus membentuk kefahaman klinikal yang tidak dapat diperoleh sepenuhnya daripada buku teks atau simulasi.