Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Permulaan tahun baharu yang kukuh

Permulaan tahun baharu yang kukuh

Awal tahun ini kita bermula dalam persekitaran global yang masih bergelora, dengan isu geopolitik melibatkan Venezuela, Greenland dan Amerika Syarikat, serta data pekerjaan AS yang keluar Jumaat lalu, terus mencetuskan ketidaktentuan dan “market noise” di pasaran dunia. Di sebalik semua ini, pasaran saham Malaysia kelihatan mula bangkit dan persoalan besarnya ialah, adakah ini hanya lantunan sementara, atau permulaan kepada satu fasa pemulihan yang lebih kukuh?