TPM Zahid ucap terima kasih kepada beregu badminton negara
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan terima kasih kepada pemain badminton beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah kerana menyajikan perlawanan sengit serta mendebarkan di peringkat separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 biarpun tewas kepada pasangan China.
Menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat malam, Ahmad Zahid berkata semangat juang Aaron-Wooi Yik dalam mengheret pasangan ranking nombor satu dunia Liang Wei Keng-Wang Chang ke set penentuan membuktikan Malaysia tidak mudah ditundukkan dan mampu bersaing di peringkat tertinggi.